BUAT DIRI KITA YANG MUDAH LUPA !

Assalamualaikum :)



REBUT LIMA (5) PERKARA

daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara; muda sebelum tua,
sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum
engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati."
(Riwayat al-Hakim)

Pengajaran:
Apa yang penting dalam hidup kita ini ialah rajin bermuhasabah !
:)


*heart* "Ramadan, kenapa ye cepat sangat waktu berlalu. Rasanya seperti baru semalam kau tiba bersama manfaatmu yang penuh barakah. Aku pasti merinduimu Ramadan. Pastikan kita bertemu lagi ye? aku menanti kedatanganmu ;')"

==" hayh. Syawal tiba tak lama lagi. Tak tahu apa yang perlu di rasa saat ini. Sedih kerana pemergian Ramadan? gembira dengan kehadiran Syawal? atau perkara lain mungkin. Takpe, boleh je imbangkan semua tu nanti. Yang pasti kita kena terus mencari Redha dan RahmatNya. Insya-Allah =)

Peringatan untuk semua dan siri sendiri juga, pasti ! Raya tu Raya jugak tapi, jangan lupa waktu solat, yelah bila terlalu seronok beraya sampai lupa dah sampai waktu solat. Ini kadang selalu berlaku sesama kita. so, jangan alpa tentang ini. Juga jangan lupa berterima kasih bila kita terima duit rayaaaa ! penting tu. teringat masa zaman kanak-kanak dulu lepas dapat duit raya terus cabut lari sebab nak tahu berapa 'juta' duit raya dalam sampul tu. haih ==" sampai terima kasih pun tak ada. its okay, itu masa kanak-kanak. dah besar ni kenalah pandai-pandai beringat, tak gituh ^^,, ?

PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang tidak berterima kasih kepada
manusia, ia tidak bersyukur
 kepada Allah."
(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran:
Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yang lebih upaya dan berharta. Masing-masing ada rezeki tersendiri.

edit picture
| Sharing people |
2. Lafaz ucapan selamat 
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
#ayat di atas copy and paste dari satu laman wordpress.

baru tahu pasal ni. ilmu baru untuk kita yang tidak mengetahuinya, semoga lebih bermanfaat di masa hadapan. InsyaAllah. Jadi, Taqabballullah minna waminkum. Jazaakallahu khairan ;)

hadis inpired by 101 Rekreasi Hati books
Regads; AO