Versus



Cerita Semester 1 yang pelbagai dan pelik untuk ana yang masih lagi jauh perjalanan dalam membaik pulih diri. Versus diri sendiri. Adakah ini gangguan syaitan? hm, mungkin juga. 

-ATTENTION! COPY PASTE STORY-

Jubah Hijau Kain Pelekat
Macam mana nak cerita pun aku tak tahu lah. Masalahnya sekarang mata aku ni dah gedik pulak nak mencarik-carik mamat tu. haih. Apa masalah ni? Ni mesti kes Jatuh terjelepuk kedebang pada suka ni. Mamat tu pun satu hal. Apasal dia pandang-pandang aku? Aku ingatkan, stop dari kejadian masa kat café tu. Rupa-rupanya tak. Mamat tu stalker lagi. Hish. Siap suruh sampaikan salam bagai. Aku dah macam pening dah dengan mamat ni. Ada satu hari tu, aku pergi beli makanan dekat café. Eh, memang lah aku beli dekat café kan? Tak kan lah aku nak pergi beli dekat Dewan Serbaguna tu kot. Ha, masa tu dekat café tak ramai orang. sebab awal lagi kot aku rasa. Mamat tu pulak dan dan ada dekat situ. Aku pergi koperasi. Balik dari koperasi dan café kawan aku kata mamat ni usha gila. Aku faham. Pastu aku buat tak layan je cerita kawan aku ni pasal mamat tu. haih. Bila mamat tu dah asyik nak stalker aku, aku dah macam nak rindu. E, jelek pulak aku rasa. Macam aku tulis tadi. Mata aku ni memang gedik semacam je nowadays ni. Gedik pasal apa? Gedik pasal nak carik mamat ni. Ni semua salah si rindu. Haih. Aku dah macam pusing layan kerenah si rindu ni. Memang nak kena belasah agaknya. Main rindu-rindu pulak dengan stranger. Lagi aku marah bila si rindu ni main komplot dengan otak. Macam-macam si otak buat-buat cerita pasal mamat tu. aku apa lagi. Terus nyahkan ia dari kepala otak aku yang comel ni. Haih. Kenapa lah mamat tu buat aku macam ni. Kenapa dia tak jaga pandangan dia. Sebenarnya masa malam dekat café tu aku perasan je mamat tu pandang aku. Tapi aku buat don’t know. Bila lalu kawasan dia, aku pandang bawah. Yelah. Aku malas pandang dia. Nak je aku sergah dia. Sound dia. Haih. Tapi apakan daya aku. Aku perempuan. Malu lah sikit dak? Macam kerja seberonoh je kalau aku buat macam tu. Mesti kau tertanya, macam mana mamat tu boleh jadi tak betul dengan tengok-tengok aku semacam rupa CSI lah konon nya tu. Waktu kejadian, aku dan kawan-kawan sedang tunggu pesanan burger yang kami order. Wah. Macam skema pulak dah. Tempat kejadian di café asrama yang indah lagi permai katanya. Aku duduk di kerusi aku toleh kanan. Aku Nampak ade stranger sedang senyum. Aku pun toleh kiri. Yelah, mana tahu kalau-kalau dia senyum dekat orang lain. Dan bukan sepatutnya orang itu aku. Aku macam pelik. Rupanya dia senyum dekat aku. Sebab sebelah kiri aku tiada orang kecuali kawan aku. Tapi, masa tu kawan aku tengah balas sms dia. Jadi, tak kan lah stranger tu nak senyum dekat kawan aku yang sedang balas sms tu kan? Itu semacam pelik. Aku tak balas senyum. Aku pun apa lagi. Buat don’t know lah. Beberapa minit kemudian, aku toleh ke kanan semula. Aku toleh pun sebab nak bercakap dengan kawan aku. Aku terperasan yang mamat tu tengok aku. Hish. Jelek betul lah perangai. Lepas tu si stranger equals si mamat tu senyum lagi. Aku pun buat lah muka weirdo aku yang aku suka buat sangat tu. hah. Sah lah mamat tu cuba nak senyum dekat aku. Ah. Aku langsung tak peduli. Mamat tu mesti main2. The end. Itulah serba serbi al kisah pasal mamat tu. aku fikirkan. Mungkin dia nak aku balas senyum dia yang terdahulu tu kot. Sebab tu lah dia stalk aku. Mungkin dia tak puas hati sebab aku tak balas senyum dia. Haa, mungkin kalau aku balas senyum dia. Dia dah tak akan stalk aku lagi. Hah ! mungkin itulah jawapannya. Tapi, macam pelik lah pulak. Haih. Hari yang seterusnya tak tahu lah macam mana nanti. Hah. Apasal aku tulis tajuk novel tak bermuka surat aku ni Jubah Hijau? Sebab masa kejadian di café. Dia pakai baju hijau. Perkara kedua sebab aku tak tahu nama mamat tu. sekian. Semoga tak bersambung.


Sebenarnya cerita dia pasal 'lower your gaze' wahai muslimah. Itu lebih baik daripada kamu terus memandang. Bahagia pasti ada. Sepanjang waktu itu, dia melawan diri dia agar terhindar dari perkara yang lagha. Tidak terlalu mudah untuk terus jatuh hati dan rindu pada orang yang baru di kenali kerana dia takut rindu dan cintanya pada ALLAH SWT dan kekasihNya berkurangan. selepas 6 tahun cerita itu bersambung. 

-ATTENTION! COPY PASTE STORY-

Jubah Hijau Kain Pelekat Tunang Kahwin.
Wah. Aku dah tunang. Macam tak percaya. Eh, apasal aku excited. Okay. Aku memang agak excited sebab aku dah tunang lah. Haha. kau tak ada. Ingat tak? Terdahulu punya cerita. Aku kata ‘semoga tak bersambung’ tapi aku terpaksa sambung sebabnya. Kau tengoklah sendiri tajuk yang aku dah tulis tu. macam pelik macam pening. Hah. Aku memang pening sekarang ni. Yelah. sebab aku tak sangka yang aku dah nak kahwin. Ah. Malas aku cerita. Aku nak cerita pasal jubah hijua ni. Ala. Pasal mamat senyum tu. dia sekarang tunang aku. Pelik kan? Macam sekejap. Mamat tu lah. Hish. Excited betul dia nak kenal dengan aku. Masa dekat U dulu memang tak pernah jumpa lah. Cuma stalk aku je kerja. Aku pun buat don’t know lah. Aku malas layan dia. Lagipun masa tu aku nak belajar. Baiklah. Aku pendek kan cerita jelah. In sha Allah ceritanya pendek. Lepas aku grad dekat Brisbane, aku balik Malaysia. Eh. Memanglah aku balik Malaysia. Macam pusing pulak. Lepas aku balik dan lepas 2 bulan aku kerja. Mak aku cakap ada orang nak datang lamar. Mak ai. Aku dah macam kaget. Time-time aku tengah nak enjoy the job ni pulak lah ada benda macam-macam ni nak jadik. Haih. Macam pening lagi. Aku tak kenal orang tu. al maklum lah. Jodoh mak bapak. lepas tu aku cuba istikharah. Pastu istikharah lagi. Aku macam dh dpt teka. Tapi macam pelik pun ada. Aku pun redha. Jeng jeng jeng. Hari yang aku harap belum tiba waktunya buat aku kini tiba. Haih. Masa tu abang aku memang nakal sungguh. Dia kata aku nak tunang macam orang tak tunang. Tang mana yang buat dia cakap macam tu aku pun tak tahu lah. Pening semacam je abang aku ni. Lepas sarung cincin aku keluar rumah sebab mak pak aku kata nak ambik gambar satu family sekali dengan family yang tu. mulanya. Memang aku tak dapat teka lah yang mana satu tunang aku tu. lepas dah sesi gambar itu ini. Tiba-tiba rasa macam nak terjun dari puncak klcc nuh. Masa tu tuhan je yang faham apa aku rasa. Rupanya dia mamat jubah hijau tu. aku dah macam pening. Mamat yang selalu aku Nampak dekat masjid U aku dulu. Yang selalu solat sunat dan sebagainya lah kan. Hamboi. Masa tu aku semacam terpegun sekejap. Okay. Habis dah cerita tunang. Sekarang kau rasa aku macam mana dengan dia ni? Dia ni yang dulu pernah stalk aku. Haha. aku gembira dengan dia. Aku bersyukur. Cerita habis. senyum. 


Wahai muslimah. Jaga dirimu sebaik mungkin. "Don’t trust too much, don’t love too much, don’t hope too much, because that too much can hurt you so much." =) kan seronok begini !

Ini sebuah perkongsian sahaja. Muhasabah diri dan berdoa \(^o^)/ 

Regards; AO


Read more ...

BUAT DIRI KITA YANG MUDAH LUPA !

Assalamualaikum :)



REBUT LIMA (5) PERKARA

daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara; muda sebelum tua,
sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum
engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati."
(Riwayat al-Hakim)

Pengajaran:
Apa yang penting dalam hidup kita ini ialah rajin bermuhasabah !
:)


*heart* "Ramadan, kenapa ye cepat sangat waktu berlalu. Rasanya seperti baru semalam kau tiba bersama manfaatmu yang penuh barakah. Aku pasti merinduimu Ramadan. Pastikan kita bertemu lagi ye? aku menanti kedatanganmu ;')"

==" hayh. Syawal tiba tak lama lagi. Tak tahu apa yang perlu di rasa saat ini. Sedih kerana pemergian Ramadan? gembira dengan kehadiran Syawal? atau perkara lain mungkin. Takpe, boleh je imbangkan semua tu nanti. Yang pasti kita kena terus mencari Redha dan RahmatNya. Insya-Allah =)

Peringatan untuk semua dan siri sendiri juga, pasti ! Raya tu Raya jugak tapi, jangan lupa waktu solat, yelah bila terlalu seronok beraya sampai lupa dah sampai waktu solat. Ini kadang selalu berlaku sesama kita. so, jangan alpa tentang ini. Juga jangan lupa berterima kasih bila kita terima duit rayaaaa ! penting tu. teringat masa zaman kanak-kanak dulu lepas dapat duit raya terus cabut lari sebab nak tahu berapa 'juta' duit raya dalam sampul tu. haih ==" sampai terima kasih pun tak ada. its okay, itu masa kanak-kanak. dah besar ni kenalah pandai-pandai beringat, tak gituh ^^,, ?

PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang tidak berterima kasih kepada
manusia, ia tidak bersyukur
 kepada Allah."
(Riwayat al-Tirmizi)

Pengajaran:
Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan. Usahlah berasa dengki dengan orang lain yang lebih upaya dan berharta. Masing-masing ada rezeki tersendiri.

edit picture
| Sharing people |
2. Lafaz ucapan selamat 
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
#ayat di atas copy and paste dari satu laman wordpress.

baru tahu pasal ni. ilmu baru untuk kita yang tidak mengetahuinya, semoga lebih bermanfaat di masa hadapan. InsyaAllah. Jadi, Taqabballullah minna waminkum. Jazaakallahu khairan ;)

hadis inpired by 101 Rekreasi Hati books
Regads; AO
Read more ...